Pelayanan RajawaliLife

Pelayanan Rajawali Life merupakan satu pelayanan untuk menjangkau mereka yang belum bergereja serta tidak dapat hadir untuk kebaktian Ahad biasa kerana terpaksa bekerja. Jemaat kami terdiri daripada mereka yang bekerja di industri perhotelan, restoran, retail serta mereka yang bekerja syif. Walaupun membina kerjaya itu penting, namun mencari Tuhan adalah lebih mustahak. Matius 6:33 berkata, “ Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.” Sekiranya kita mencari Tuhan, Tuhan akan bekerja di dalam hidup kita dan memberikan yang terbaik untuk kita.