Objektif Pelayanan
Visi SIBLife “Bringing Life to All Nations” dalam Matius 28:18-20 menjadi objektif utama dalam Pelayanan Rajawali Semenanjung. Firman Tuhan dalam Yohanes 21 : 15 - 19 juga menjadi dasar bagi Pr Nisah Majuat, Pastor Pelayanan RajawaliLife ini untuk memulakan Pelayanan Rajawali di Semenanjung bagi menggembalakan jemaat-jemaat yang Tuhan percayakan khususnya bagi mereka yang tidak ada kesempatan beribadah pada Ahad pagi kerana bekerja pada pagi Ahad.
Melalui Pelayanan Rajawali ini ramai jiwa yang dapat dijangkau dan dimuridkan serta menjadi murid Yesus yang beriman dan terus hidup dalam Firman Tuhan serta menjadi impak kepada keluarga, bangsa dan negara.
Kumpulan sasaran
Jika anda tergolong dalam kumpulan sasaran seperti berikut, ataupun anda mengenali individu yang tergolong seperti dibawah, sebarkan berita baik ini kepada mereka!

Bekerja pada waktu malam Ahad
Pelayanan RajawaliLife ditubuhkan bagi menjangkau jiwa-jiwa yang tidak dapat hadir ke ibadah Ahad pagi.

Semua dijemput hadir
Pelayanan RajawaliLife juga berfokus untuk terus menggembalakan setiap jemaat yang datang tidak kira apa pun denominasi mahupun warganegara mereka.

Beribadah bersama dalam Kristus
Membawa kehidupan kepada mereka supaya mereka terus bertumbuh didalam pengenalan akan Tuhan.